Apa khabar sahabat sekalian? Semoga terus sihat, gembira, ceria dan bahagia selamanya.
Harini saya nak share sedikit pengalaman saya masak ayam kukus ala Thai, tapi menggunakan bahan-bahan yang kebetulan ada saja di rumah. Memang selama ni selalu masak ayam jer di rumah tapi tidak bermaksud kami ni peminat ayam tegar. Cumanya bila beli ayam mentah, daging dan isi nya boleh tahan lama sikit berbanding ikan-ikan dan makanan laut.
Makanya, harini dah buntu nak masak apa sebenarnya, sambil duk layan TV teringat pulak dulu pernah makan ikan masak kukus Thai kat Satun. Itu memang terbaik!!! Pedas, masam, pastu isi ikannya memang terbaik, klu duk teringat tu memang boleh sampai meleleh air liur.
Oleh kerana itu, terlintas la idea nak masak ayam kukus. Memandangkan sebelum ni memang tak pernah masak ayam kukus jadi khidmat Encik Google sangat la diperlukan. Bila dah jumpa, banyak bahan yang tak mencukupi so saya decide untuk masak menggunakan bahan apa yang ada di rumah. Memang simple dah tak meleceh kan pun.
AYAM MASAK KUKUS – My kind of style
Bahan-Bahan
- Ayam - 500gm
- Halia - seinci
- Bawang putih 3 ulas
- Bawang merah sebiji
- Bawang Holand sebiji
- Cili Api – 7 ulas (boleh tambah kalau nak lagi pedas)
- Cili Kering -7 ulas (boleh tambah kalau nak pedas)
- Air limau nipis – 2 biji
- Nampla
- Garam 2 ½ sudu kecil
- Lada hitam yang sudah di blend - 2 sudu kecil
Cara-Cara memasak
- Perapkan ayam dengan garam dan lada hitam satu sudu selama 30mins
- Blend kan bawang putih dan bawang merah
- Sementara menunggu ayam perap boleh la meracit Halia,bawang holand, cili api dah cili kering. Untuk cili kering saya Cuma kerat dua je.
- Apabila bahan2 siap di racit, boleh di gaul kesemua bahan tadi bersama air limau, nampla, garam dan gula ikut citarasa masing2.
- Selesai 30mins perapan – gaulkan ayam bersama bahan2 no. 4. Setelah itu boleh la mula untuk mengukus kesemua bahan2 tadi. Kukus selama 30mins. Nak lebih lama pun tiada masalah.
- Tingggg. Maka siapla hidangan ayam kukus my kind of style.
Saya happy nak share resepi ni sebab si suami suka, jadi pada saya benda yang enak macam ni rugi kalau tak share.
![]() | |
| Tadaaaa macam ni la rupanya :) |
Ohhh ya sebelum terlupa, selepas selesai makan tengahri saya akan makan Alfalfa Complex. Memang setengah jam selepas itu segala toksin keluar. Jadi resepi ini sesuai untuk mereka yang sedang Diet.
Okay sampai sini saja entry untuk kali ini. Selamat mencuba..!

0 Comments