Assalamualaikum W.B.T

Apa khabar sahabat sekalian? Semoga sihat, cantik dan peroleh keberkatan dalam apa jua ibadah yang kita lakukan.


Bismillahirahmanirrahim.
Photo source : Google

Photo Source : Google

Setahun yang lepas selepas asar maka dengan izin Allah saya bergelar seorang isteri. Kita hanya merancang Allah yang menentukan. Ditakdirkan Allah kepada saya seorang yang sangat penyabar, bersopan dan lemah lembut terhadap ibu bapanya dan ahli keluarganya, Alhamdulillah.

Kisah pertemuan kami melalui minat kami. Dan dia seorang kawan kepada kawan belajar degree saya. First time jumpa tu, dia asyik senyum jer tapi sangat minimum kita berborak sebab dia suka buat hal sendiri, kurang sosial dengan kawan2 yang lain. Haha.

Jodoh pertemuan itu memang sudah tertulis di Luh Mahfuz, siapa kita untuk menidakkan nya. Alhamdulillah Allah kurniakan yang terbaik padaku. Semoga Allah kurniakan kami jodoh yang panjang.

Setahun berlalu tapi perasaan nya seperti semalam. Masih 'Honeymoon'. Yup masih berdua. Kami percaya buat masa sekarang ini yang terbaik. Allah nak kami well prepared. InsyaAllah ganjaran terbesar bagi mereka yang Redha dengan ujianNya.

Photo Source : Google ; Pinterest


Sebenarnya nak share tips untuk you guys yang nak melangsungkan perkahwinan tak lama lagi. 

  1. Duit hantaran/duit kahwin. Okay yang nih sebagai seorang perempuan jangan nak mengharap bakal suami jer yang bagi ye. Kalian pun kena menyimpan juga. Saya bagi tips yang general jer. Cara saya menyimpan dengan melabur sedikit dekat ASB. Saya amik ASB Loan. Masa nih memang pasang niat untuk beli rumah. Setelah 4 tahun melabur di ASB, baru saya boleh pengeluaran dividen ASB. Aihhh masa nih bila tau jumlah dividen yang saya dapat, saya rasa macam nak sujud syukur depan kaunter. Memang masa tu kewangan kami berdua tidakla mewah sangat tapi Alhamdulillah rezeki tu ada. Sekurangnya kami tidak bebankan Mak Ayah kami dan tidak amik mana-mana personal loan ini yang paling penting. Malah kebetulan masa tu rezeki untuk suami juga, di mana dia mendapat tawaran bekerja part-time untuk Sukan Sea di Bukit Jalil. Jadi dapatlah kami mengumpul duit untuk hantaran dan majlis untuk sebelah laki dan perempuan. Bersyukur jugak, kerana majlis sebelah perempuan saya, kakak dan abang di sekalikan dalam satu majlis. Pun jimat banyak tu.
     
  2. Barang hantaran. Ha yang ni,saya suggestkan kalau boleh persiapkan setahun sebelum majlis. Macam kami, since dah serious in relationship, memang kitorg beli jer yang mana mampu dulu. Masa dapat bonus, kitorang beli gelang cincin untuk risik tunang dan kahwin. Another tip, kalau boleh avoid beli cincin emas putih yer. Rugi bila nak buat gadaian. Cantik memang cantik tapi nilai rendah berbanding emas merah yer. Kenapa saya cakap gadaian, sebab ini plan jangka panjang yer. Emas sentiasa naik harganya dan ekonomi kita tak menentu, jadi bila terdesak sekurangnya boleh gadaikan nya untuk sementara.
    Hiasan untuk hantaran kami buat sendri jer. Memang paling jimat. Pergi jer dekat GM Klang macam2 sample dan bahan2 nak gubah korang boleh jumpa. Untuk menggubah ni, saya nak credit untuk sahabat suami, dan my beloved cousin Keyra. because of their gifted hand, maka terhasil la hantaran yang simple yet cantik nih. Nak harapkan saya dan suami, kitorang memang kelaut sikit bab creativity nih.
     


    Nampak tak sarung jelly tu, cantikkan? Hasil tangan cousin yang paling rapat dengan saya.


     
    Cukup untuk entry kali nih, nnti saya sambung untuk part Busana Pengantin, Jurumekap, & Photographer.
     
    Harap sabar ya menunggu.