Hye hye hye apa khabar semua? Seperti selalu, semoga kita sentiasa sihak, kuat cantik dan SMILEE selalu. :)
27 Jan 2019, maka genaplah setahun majlis persandingan kami. Moment indah yang tak mungkin dapat dilupakan. Rasa macam nak sanding semula pulak. Anyway, saya nak ambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan tahniah kepada sahabat2 yang melangsungkan majlis perkahwinan pada harini dan kepada sahabat yang sama tarikh Anniversary kita, Happy Anniversary semoga jodoh kita semua berkekalan sehingga Jannatul Firdausi InsyaAllah, Aminn.
Kesinambungan dari Tips semalam, harini nak share sedikit tip-tip untuk busana pengantin, juru mekap dan photographer.Jangan risau tip-tip yang kami berikan harap-harapnya tidak membebankan kalian, kerana kami memang seboleh mungkin untuk berjimat cermat to the max. tapi kadang tersasar budget jugak.Well that one can't avoid it.
Busana Pengantin, kami memperagakan 3 jenis busana (cewahhh macam public figure punya statement). Baju nikah, baju sanding dan sambut menantu.Untuk part memilih busana nih, kita kena rajin buat research. Kena selalu check instagram survey trend, survey harga, survey kesesuaian untuk kita pakai.Seperti saya untuk baju nikah saya, saya memilih baju dari Minimalace. Skodeng ajer instagram dengan website mereka dijamin akan jatuh cinta. Baju2 mereka memang cantik2 dan simple jer and nampak sangat elegance. Kami memilih tema color nude. Saja nak lari sikit dari color putih. While for husband kitorg beli dari Jakel, baju melayu koleksi Aron Aziz dan mengenakan sampin songket yang warna base nya nude juga.
Untuk Majlis Sanding kami memilih set baju pengantin dari butik Rinz Suzana. Kami memilih konsep traditional modern, warna busana pastel mint blue. Kami sewa ready made. Dan yang paling best masa design tu design baru. Baju tu memang selesa dan sangat sesuai untuk mereka yang bersaiz rendah. Cara mereka alter size juga kemas. Mereka banyak promosi, dan koleksi baju yang cantik2. Malah sentiasa ada koleksi baru.
Kemudian, untuk majlis sebelah lelaki (Majlis Sambut Menantu) yang ini yang paling jimat dan kos nya hanya serendah RM160 ringgit jer. Set yang paling puas hati buat masa ni. Konsep modern, untuk lelaki corporate suit color grey dan perempuan baju full lace. Color susah nak describe, lebih kurang light pastel yellow rasanya. Nak tahu kenapa RM160? Sebab itu cuma harga untuk veil sahaja. Baju yang cun melecun tu disponsor oleh mak ngah koi. Tujuan asal memang nak cari baju beli siap. Tapi susah yang amat kebetulan menziarah atok makwan di Temerluh, makngah offer tgk baju kahwin dia dulu. Test test, PADAN! Alhamdulillah. Cantik pulak tu. Untuk yang lelaki, kebetulan husband memang pernah beli corporate suit beberapa tahun yang lepas. Jadi, kami pakai ajer. Settle!
Juru Mekap, kita kalau boleh nak make-up macam muka retis retiskan yang paling penting ikut trend sekarang nak yang natural look. Seperti biasa kena rajin buat research. Kalau kat Insta rajin2 guna ### serious sangat membantu. Kalau kita bukan golongan have-have yes, kita kena rajin g stalk IG MUA MUA nih. Believe it or not MUA saya cuma caj RM410 (termasuk kos pengangkutan ye) untuk Majlis nikah dan sanding. Hasil memang tiptop. Ramai kawan2 cakap cantik sangat. Sapa x suka kena pujikan..? Sepanjang majlis tak pecah2 pun. rezeki saya dapat MUA yang lebih kurang sebaya, jadi mereka tau apa yang diminati ramai. Siap bagi tips sebelum majlis and follow up sebelum majlis. Cumanya saya bukan jenis yang bermekap sangat jadi bila part pasang bulu mata tu, ya Allah, asyik mengalir jer ayaq mata. Kesian la MUA tu nak kena touch up berkali kali. Siapa MUA itu? IG profile dia makeupbyzylas.Ha nanti boleh skodeng IG dia, click ajer kat nama IG tu.
Sambut menantu MUA terpilih adalah ermaazizmua. Yang ni pun not bad. Harga servis dia caj pun sangat berpatutan. RM210 termasuk kos pengangkutan. Sebelum mula make up siap tanya ada nak request look macamne? Kita pun jawab la x nak heavy make-up dan kalau boleh biar natural look juga.Zass meletup letup iolss. Pun sama, make-up tahan lama walaupun dibawah cahaya matahari yang terik.! Macam mana hasilnya nanti saya tunjuk dalam gambar.
Photographer, to be honest kitorang tak hired mana2 photographer. Suami just sewa camera dengan powerful lens lepas tu, kebetulan dia ada kawan2 yang pandai ambil gambar. Nasib baik si kawan itu memang passionate terhadap setiap click dan snap. Maka gambar yang kami ada memang unlimited! Untuk belah perempuan pula, saya pinjam ajer camera dari sepupu. Sama juga, saya ada kawan dan sepupu yang sangat passionate dengan setiap shutter. Maka gambar2 yang terhasil memang LETUP uolss. Semasa sanding tu, alhamdulillah saya ada collegue yang sanggup offer diri untuk jadi photographer of the day. Memang bersyukur dan terharu sangat. Asalnya nak tanya dia, dia ada tak mana2 kenalan photographer. Kalau caj servis reasonable nak la hired untuk majlis kami kan. Itula rezeki kan.. Something worth to cry and remember.
Tempat makan dan Pelamin. Untuk majlis bersanding keluarga yang uruskan, lokasi majlis di The Venue Shah Alam. All packages include. Memang tempat nya cantik, pelamin besar yang amat & mewah dan makanannya super duper sedap tak terkata. Wedding planer pun memang berpengalaman. Masa tu wedding planer tu tengah mengandung tapi demi menjayakan majlis dia punya aktif tu sampai tak perasan yang dia tgh mengandung. Nak-nak lagi ada 3 mempelai yang hendak diuruskan tapi memang puas hati! Tahniah juga kepada Ahli keluarga yang menjayakan majlis kami. Yang ini memang sangat luar biasa. Mak Ayah Syaz Angah, dorang ni memang orang kuat majlis from A-Z mereka yang uruskan. Penat lelah mereka semoga Allah yang membalasnya.
Untuk majlis sambut menantu pulak, memang keluarga suami mereka semua pandai memasak, jadi mereka bergotong royong memasak sekampung. Tema makanan Siam sebab keluarga suami asal Thailand dari wilayah Satun. Yang ini saya boleh jamin penjimatan maksimum. Total makan, upah masak, khemah dan bahan mentah keseluruhannya adalah RM2000 lebih kurang. Makanan memang puas hati sedap2 okeh! Adik beradik perabih lauk pengantin! haha.
Selesai la sesi throwback dan sedikit tips untuk kalian. Harapnya bermanfaat. Sebelum akhiri part 2 nih meh layan sedikit gambar2 wedding kami dulu.














0 Comments