Assalamualaikum w.b.t.

Apa khabar? saya mendoakan kalian semua berada dalam keadaan sihat, bertenaga dan ceria selalu.

Harini saya nak share sedikit mengenai kebaikan bersauna. Saya jumpa banyak article yang menyatakan kebaikan bersauna. Apabila sebut mengenai sauna perkara pertama yang terlintas semestinya kaitan dengan penurunan berat badan. Yes, saya tidak menyangkal itu kerana ada proven study tentang sauna ni. Sebagai pencerahan lebih banyak, boleh rujuk article dari Kevin Zahri.

Teringat saya pada perkongsian seorang nenek ni. Dia cakap dulu dia bedridden lama (saya x berapa ingat apa sakitnya) cuma dia ada bagitau selama proses penyembuhan itu dia selalu buat terapi sauna. Alhamdulillah selepas menjalani proses terapi dan amalan bersauna dia akhir nya pulih dan boleh berjalan semula. Syukur sangat dia masa tu. Tahukah anda, amalan bersauna telah lama dilakukan oleh masyarakat Finland dan telah banyak study dan research yang menjurus kepada kebaikan bersauna salah satu nya adalah risiko terhadap stroke. Ini kerana, dalam salah satu kajian yang dilakukan oleh sekumpulan pengkaji dari National Institute for Health Research Bristol Biomedical Research Centre (S.K.K.), University Hospitals Bristol NHS Foundation Trust and University of Bristol, UK, mereka telah menemui conclusion bahawa:
"This long-term follow-up study shows that middle-aged to elderly men and women who take frequent sauna baths have a substantially reduced risk of new-onset stroke."
Jadi, mengikut pada perkongsian nenek tersebut ada kemungkinan terapi sauna juga sedikit sebanyak telah membantu kepada penyembuhan beliau.

Sauna Membantu Mengurangkan Stress
Selain itu, bersauna ini sangat membantu dalam mengurangkan stress. Dalam keadaan sekarang masyarakat terlalu mudah terdedah terhadap risiko stress. Di mana2 saja kalau tak kena pada caranya pastikan mengundang masalah stress. Ingat ye kalau terlalu kerap stress dan tidak mampu mengatasi nya anda berkemungkinan terdedah kepada masalah kemurungan. Nauzubillah, semoga kita semua dijauhi dari masalah dan kemudharatan.Jadi macamna sauna membantu dalam mengurangkan stress?
Pertama: Sauna dapat membantu mengurangkan pengeluaran kortisol dalam badan. Kortisol adalah hormon yang mengawal tahap tekanan yang anda rasa. Apabila paras kortisol telah berkurang, anda akan berasa lebih terkawal dan santai.
Kedua: Dalam satu penulisan kajian dan penyelidikan yang dijalankan oleh Dr Lawrence Wilson telah menunjukkan bahawa peluh yang keluardapat meningkatkan rasa ketenangan, yang mana dapat mengurangkan kebimbangan dan rasa tekanan.


Faedah & Kebaikan Lain Bersauna

1. Dapat Membakar Kalori
Beberapa penyelidikan perubatan mendapati seseorang itu boleh dengan mudahnya berpeluh sebanyak 500 gram dalam dalam satu sesi sauna selama 45mins, ianya membakar hampir 300-400 kalori. Ini kerana apabila kita berpeluh kita telah menggunakan tenaga. Manakala tenaga ini terhasil daripada penukaran lemak dan karbohidrat sewaktu proses pembakaran kalori.

2. Dapat Menyembuhkan Demam Panas (Hipertemia)

Apabila badan terdedah kepada haba yang tinggi, badan akan berada dalam keadaan seakan-akan sedang demam. Keadaan “demam” ini akan merangsang proses penyembuhan semulajadi badan. Hasilnya, sistem imunisasi badan akan menghasilkan lebih banyak sel darah putih yang berfungsi melawan penyakit dan antibodi untuk menghapuskan virus dan patogen-patogen lain.

3. Membantu Menyihatkan Kulit dan Nampak Lebih BerseriApabila melakukan sauna, aliran darah ke kulit akan meningkat dan ini akan menyediakan lebih banyak nutrien di bawah kulit dan permukaan tisu. Hasilnya, kualiti kulit akan bertambah baik secara beransur-ansur.


4. Membantu Melegakan Sakit OtotPenghasilan endorfin semasa sauna dapat melegakan kesakitan yang dialami oleh pengidap artritis serta mereka yang mengalami ketegangan otot selepas bersenam. Kenaikan suhu badan dalam sauna menyebabkan saluran darah mengembang. Hasilnya, peredaran darah akan meningkat dan ini akan membantu proses penyembuhan semulajadi badan.

5. Detoksifikasi
Haba yang dijana oleh badan sewaktu bersauna dapat menyingkirkan toksik yang berada di bawah kulit melalui peluh. Setiap hari kita terdedah kepada toksin samada dalam makanan atau persekitaran kita. Sauna dapat membantu badan kita mengdetoksifikasikan toksin tersebut.


AMARAN

1. Bagi mereka yang menghidap sakit jantung, anda perlulah mendapatkan rawatan dan nasihat doktor terlebih dahulu bagi mengelakkan risiko gangguan jantung.
2. Wanita yang mengalami masalah heavy-flow ketika Haid, tidak digalakkan untuk bersauna. Sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

3. Minum air yang mencukupi untuk menggantikan cecair dan mineral yang hilang semasa bersauna.
4. Jika anda melakukan sauna lebih dari 20 minit, anda mungkin akan mengalami dehidrasi, sesak nafas, mual-mual pening dan juga pengsan. Pastikan anda berada di bilik sauna kurang daripada 45 minit.
5. Tanggalkan kanta lekap (contact lense) sebelum memasuki sauna.
6.
Wanita hamil tidak boleh sama sekali bersauna.



Photo Source : Pinterest

Photo Source : Pinterest

Photo Source : Pinterest